Showing posts with label Tanaman Herba. Show all posts
Showing posts with label Tanaman Herba. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Kacip Fatimah (Labisia pumila)


Nama Melayu          : Kacip Fatimah / Selusuh Fatimah
Nama Botani           : Labisia pumila
Famili                    : Myrsinaceae
Pengenalan Pokok : Sejenis herba yang mempunyai akar yang panjang dan boleh mengeluarkan anak pokok di sepanjang akarnya. Batangnya tegak,warna gelap dan dipenuhi dengan bekas daun yang telah gugur. Terdapat beberapa jenis kacip fatimah yang berbeza dari segi saiz dan warna daun. Warna daunnya sema ada hijau, merah atau berbatik dan tepinya berwarna terang.

Jerangau (Acorus calamus)


Nama Melayu          : Jerangau / Jeringau, Jerangau Putih
Nama Botani          : Acorus calamus
Famili                   : Araceae
Pengenalan Pokok : Pokok jerangau berbentuk leper, berumpun dan membiak melalui rizom. Daun-daunnya tersusun setentang di pangkal pokok menjadikan batangnya leper dan berbentuk kipas.Daunnya seakan-akan daun lalang tetapi lebih tebal dengan tepi daunnya licin.Keseluruhan pokok beraroma terutama rizomnya.Tumbuhan ini merupakan sumber minyak pati.

Monday, July 2, 2012

Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)



Nama Melayu          : Hempedu Bumi / Pokok Cerita, Akar Cerita
Nama Botani           : Andrographis paniculata
Famili                    : Acanthaceae
Pengenalan Pokok : Sejenis herba semusim berbatang lembut dengan batang berwarna hijau dan bersegi empat. Cabang-cabangnya tersusun rapi pada batang utama dan setiap pangkal daun ditumbuhi cabang-cabang kecil atau tangkai bunga.Daunnya kecil meruncing di hujung, lonjong, berkilau dan berwarna hijau gelap.Bunganya putih, kecil, tersusun di sepanjang tangkai.Lengainya tersusun menegak, bersaiz sebesar biji padi dan mempunyai dua lekuk yang dipenuhi dengan biji-biji kecil.

Halia (Zingiber officinale)



Nama Melayu         : Halia
Nama Botani         : Zingiber officinale
Famili                  : Zingiberaceae

Pengenalan Pokok : Halia ialah sejenis herba semusim yang mempunyai rizom. Batangnya terus tumbuh daripada rizom.Daun tersusun berselang-seli di sepanjang batang utama yang terbentuk daripada susunan pelepah-pelepah daun.Daun berbentuk mudah, bertangkai pendek, nipis, panjang dan tirus di hujung dan pangkal.Rizom atau isi halia berwarna putih krim dan bercabang-cabang.Rizomnya digunakan sebagai perisa di dalam masakan.

Sunday, June 24, 2012

Talinum (Talinum triangulare)


Nama Melayu        : Ginseng Tempatan / Kerokok Belanda, Talinum, Som Kon, Kembang Masmerah
Nama Botani           : Talinum triangulare
Famili                    : Portulacaceae
Pengenalan Pokok : Pokok herba berbatang lembut dan rimbun menghijau. Pokok ini mempunyai daun yang kecil, lembut, tebal serta berair dan biasa dijadikan sayuran.Hujung daun berbentuk bulat dan tirus di pangkal. Daun-daunnya tersusun mengelilingi batang serta cabang-cabangnya.Bunganya berwarna merah jambu dengan bahagian tangah berwarna kuning.Buahnya bulat, kecil dan berwarna coklat.

Saturday, June 23, 2012

Gelang Pasir (Portulaca oleracea)


Nama Melayu          : Gelang Pasir / Pokok Beremin Darat
Nama Botani          : Portulaca oleracea
Famili                    : Portulacaceae
Pengenalan Pokok  : Gelang pasir merupakan pokok herba lembut, bercabang banyak dan tumbuh merayap. Warna batangnya bergantung pada jenis iaitu merah keunguan atau kehijauan.Daunnya kecil, tebal, berbentuk bujur, bulat di hujung dan tirus di pangkal serta berwarna hijau tua.Pokok ini berbunga di hujung dengan bunganya berwarna kuning dan tidak bertangkai.Buahnya kecil dan mengandungi biji-biji yang halus.

Friday, June 22, 2012

Gandarusa (Justicia gendarussa)


Nama Melayu            : Gandarusa / Daun Rusa, Rusa-rusa, Tapak Itik
Nama Botani            : Justicia gendarussa
Famili                     : Acanthaceae
Pengenalan Pokok  : Herba berbatang keras, bercabang-cabang dan tumbuh merimbun. Terdapat tiga varieti gandarusa yang berbeza mengikut warna batang iaitu gandarusa hijau, gandarusa putih dan gandarusa hitam.Daunnya kecil, lonjong, tirus di hujung dan pangkal.

Saturday, June 16, 2012

Ekor Anjing (Plantago major)


Nama Melayu          : Ekor Anjing / Ekor Angin, Daun Sejumbuk, Lobak Tanah
Nama Botani           : Plantago major
Famili                    : Plantaginaceae
Pengenalan Pokok : Sejenis herba lembut berbatang pendek yang tumbuh berumpun. Daunnya sederhana besar, berbentuk bulat, berwarna hijau berkilat dan urat daun selari.Tangkai daunnya panjang dan keluar terus dari pangkal pokok.Bunganya sangat kecil dan tersusun pada tangkai yang panjang seperti ekor anjing dan setiap tangkainya keluar terus dari pangkal pokok.

Sunday, June 10, 2012

Dukung Anak (Phyllanthus amarus)


Nama Melayu         : Dukung Anak / Pokok Amin, Nyior Nukut
Nama Botani          : Phyllanthus amarus
Famili                   : Euphorbiaceae
Pengenalan Pokok : Sejenis herba renek berbatang lembut. Batangnya berwarna hijau atau merah bergantung pada jenis.Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil dan tersusun di sepanjang tangkai daun.Bunga dan buahnya tersusun di bawah setiap pelapah daun.Terdapat beberapa aksesi yang telah dikenal pasti yang berbeza mengikut warna dan bentuk daun serta struktur pertumbuhan pokok.

Thursday, June 7, 2012

Daun Dewa (Gynura segetum)

Nama Melayu           : Daun Dewa / Beluntas China
Nama Botani            : Gynura segetum
Famili                     : Compositae
Pengenalan Pokok  : Sejenis herba semusim yang tumbuh berumpun. Batangnya pendek dengan daun-daun yang hampir mencecah tanah. Daun lembut berbentuk lonjong, bergerigi besar, tirus di pangkal dan hujung.Kedua-dua permukaannya berbulu lembut dan berwarna hijau muda.Bunga terletak di hujung batang dan berwarna kuning.

Tuesday, June 5, 2012

Cekur (Kaempferia galanga)


Nama Melayu          : Cekur / Cekur Hijau, Cekur Jawa
Nama Botani           : Kaempferia galanga
Famili                    : Zingiberaceae
Pengenalan Pokok  : Sejenis herba berbatang pendek dan keseluruhan batangnya dikelilingi kelongsong daun. Daunnya lebar, berbentuk bujur telur, tersusun padat serta tumbuh melata di permukaan tanah.Bunganya tunggal berwarna ungu keputihan dan keluar di pangkal daun.Rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan berwarna putih.Beberapa jenis cekur ditemui iaitu berdaun hijau, berdaun ungu kebiruan dan berbatik (ungu dan biru).

Monday, June 4, 2012

Butang Baju (Hyptis capitata)


Nama Melayu          : Butang Baju
Nama Botani          : Hyptis capitata
Famili                    : Labiatae
Pengenalan Pokok   : Sejenis herba berbatang lembut. Batangnya bersegi, mempunyai banyak cabang dan tumbuh berumpun. Daunnya tumbuh bertentangan , tepi bergerigi dan berbentuk bujur, tirus di hujung dan dadu di pangkal. Daunnya juga berbulu halus dan kesat.Bunganya tumbuh di ketiak daun dan jambaknya berbentuk bulat, berwarna hijau semasa muda dan bertukar hitam apabila matang.Buahnya kecil, tersusun dalam gugusan yang bulat.

Bonglai (Zingiber cassumunar)



Nama Melayu          : Bonglai / Bolai Kuning, Bolai Putih
Nama Botani           : Zingiber cassumunar
Famili                    : Zingiberaceae
Pengenalan Pokok  : Bonglai ialah tumbuhan daripada keluarga halia. Daunnya tersusun rapi dan tumbuh terus dari pelepah yang panjang. Daunnya lebih besar daripada halia.Rizom bonglai lebih besar daripada halia dengan isi berwarna kuning pucat dan mempunyai aroma yang kuat.

Friday, June 1, 2012

Bendi (Hibiscus esculentus)



Nama Melayu          : Bendi / Kacang Mior, Kacang Tanduk Kambing
Nama Botani          : Hibiscus esculentus
Famili                    : Malvaceae
Pengenalan Pokok : Bendi merupakan sejenis sayuran yang ditanam secara komersial. Tanaman ini daripada keluarga bunga raya yang berbatang lurus, lembut dan tumbuh menegak.Daunnya berbulu, kesat, berwarna hijau muda dan tangkai daunnya panjang.Bunganya tunggal, berwarna kuning terang (perang di tengahnya) dan keluar pada ketiak daun.Buah berbentuk seperti tanduk, bersegi, lonjong dan tirus di hujung.

Wednesday, May 30, 2012

Belimbing Tanah

 
Nama Melayu          : Belimbing Tanah / Belimbing Seni, Belimbing Kecil
Nama Botani           : Oxalis barrelieri Linn
Famili                    : Oxalidaceae
Pengenalan Pokok  : Herba berbatang lembut yang tumbuh menegak. Daun berbentuk agak bulat dengan tepi daun licin dan muncul tiga helai pada setiap tangkai daun.Batang hijau, tegak dan terdapat sedikit cabang di hujung batang.Buah kecil, bersegi-segi, hijau dan masam rasanya. Bunga berwarna merah jambu keunguan dengan warna kuning di tengah-tengahnya.

Bayam Duri (Amaranthus spinosus)


Nama Melayu             : Bayam Duri / Bayam Hutan
Nama Botani              : Amaranthus spinosus
Famili                       : Amaranthaceae
Pengenalan Pokok  : Herba ini mempunyai batang yang lembut dan berduri tajam. Keseluruhan pokok (termasuk batang) berwarna hijau muda.Daunnya menyerupai bayam hijau, sederhana besar, berbentuk lonjong dan tirus di hujung dan pangkal.Bunganya berjambak, kecil dan berwarna putih.Manakala buahnya kecil dan terbentuk di antara bunga-bunganya.Susunan bunga dan buah ini pada satu jambak menjadikannya kelihatan seperti ekor kucing.

Monday, May 28, 2012

Bawang Putih (Allium sativum)


Nama Melayu          : Bawang Putih
Nama Botani           : Allium sativum
Famili                    : Liliaceae
Pengenalan Pokok  : Tumbuhan berumpun, berbeza dengan bawang merah, daun berbentuk pipih dan meruncing.Hanya tumbuh berselang-seli dan pangkal daun berbentuk lapisan yang merupakan batang bebawang terbentuk hasil daripada kumpulan ulas-ulas bawang kecil.Kulit bawangnya berwarna putih keunguan.

Sunday, May 27, 2012

Bawang Merah

Nama Melayu           : Bawang Merah

Nama Botani           : Allium Cepa
Famili                    : Liliaceae
Pengenalan Pokok  : Tumbuhan ini berumpun dan mempunyai bebawang di pangkal pokok. Daunnya berbentuk silinder dan berongga, panjang, tumbuh menegak dan tirus di hujung.Pangkal daunnya pipih dan tersusun berlapis-lapis di atas batang.Bebawangnya terdiri daripada lapisan pangkal daun dan batang pertumbuhan.Warnanya merah keunguan dan berbau tajam.Bunganya berwarna putih kemerah-merahan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...