Nama saintifik: Citrus madurensis L.
Keluarga: Rutaceae
Morfologi: Ketinggian pokok limau
biasanya ialah 2-5 meter. Terdapat duri pada batang, dahan dan ranting. Dahulu,
pokok limau mempunyai banyak duri yang juga panjang, namun dengan kemajuan
teknologi pembiakbakaan, kini duri pokok limau adalah lebih pendek dan lebih
jarang berbanding varieti terdahulu.