Showing posts with label Buah Buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah Buahan. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Khasiat Buah Manggis


 Antara Kebaikan Kulit Manggis
1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )
4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)

Thursday, May 3, 2012

Mangga (Mangifera indica Linn)


Nama saintifik:     Mangifera indica Linn
Keluarga:             Anacardiaceae
Morfologi:          Pokok mangga biasanya sederhana besar, iaitu sekitar 10 - 15 meter tinggi namun, terdapat catatan yang menyatakan ketinggian pokok mangga boleh mencapai 45 meter. Besar pokok atau ketinggian adalah berbeza mengikut spesis atau kacukan. Daun biasanya lebat, berbentuk lonjong dan berwarna hijau. 

Limau (Citrus madurensis L.)


Nama saintifik:     Citrus madurensis L.
Keluarga:              Rutaceae
Morfologi:          Ketinggian pokok limau biasanya ialah 2-5 meter. Terdapat duri pada batang, dahan dan ranting. Dahulu, pokok limau mempunyai banyak duri yang juga panjang, namun dengan kemajuan teknologi pembiakbakaan, kini duri pokok limau adalah lebih pendek dan lebih jarang berbanding varieti terdahulu. 

Betik (Carica Papaya)

Nama Saintifik:     Carica papaya
Keluarga:              Caricaceae
Morfologi:             Ketinggian pokok adalah sekitar 2.5-10 meter. Kebiasaannya memiliki satu batang tunggal (tanpa cabang) namun, terdapat juga pokok betik yang mempunyai cabang dan perkara ini jarang berlaku secara semulajadi. Batang berbentuk silinder dan mengeluarkan getah putih apabila luka. Bahagian tengah batang mempunyai rongga dan permukaan batang adalah kasar yang merupakan bekas peluruhan daun. Daun bersusun secara berpilin dan memiliki tangkai daun yang panjang. 

Ciku (Manikara achras)


Nama Saintifik:     Manikara achras
Keluarga:             Sapotaceae
Morfologi:       Pokok ciku bersaiz sederhana besar, berbentuk piramid semasa kecil,rendang
dan membulat apabila matang. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga lebih 10 meter.
Terdapat getah iaitu chicle yang dahulunya digunakan sebagai bahan asas gula-gula getah.  
Daun biasanya berbentuk bujur telur berukuran 5-13 sentimeter panjang dan 2.6-6.5 sentimeter lebar.  Bunga ciku biasanya kecil, berwarna putih dan tidak begitu jelas.  Buah ciku berbentuk bulat atau bujur bergantung pada jenis klon. Saiz buah matang adalah antara 5-6 sentimeter panjang dan lebar 4-6 sentimeter.

Belimbing (Averrhoa carambola L.)

Nama saintifik:     Averrhoa carambola L.
Keluarga:              Oxalidales
Morfologi:             Ketinggian pokok ini adalah sederhana, biasanya setinggi 10 meter namun, ada laporan yang menyatakan pokok ini boleh mencecah ketinggian 15 meter. Secara umumnya, pokok belimbing mempunyai banyak dahan yang condong ke bawah. Mempunyai daun majmuk iaitu pada sekitar tiga hingga enam helai daun. 

Nenas (Ananas comosus)

Nama saintifik:     Ananas comosus
Keluarga:              Bromelioideae
Morfologi:             Nenas dikategorikan dalam tanaman herba atau renek kerana hanya mempunyai ketinggian sekitar 0.5 m- 1.5 m sahaja. Daunnya panjang yang berbentuk tirus dan mempunyai hujung yang tajam serta bahagian tepi yang berjeriji. Daun berpilin pada pangkal batang atau buah. Buah nenas akan muncul pada bahagian tengah pokok iaitu antara daun yang berpilin dan menegak ke atas. Buah adalah gabungan antara buah individu dan daun yang lebih dikenali sebagai crown.  

Pisang (Musa L.)

Nama saintifik:     Musa L.
Keluarga:             Musacea
Morfologi:        Ketinggian pokok pisang biasanya pada 2-9 meter. Batang berbentuk silinder yang jika dipotong melintang, akan jelas kelihatan lapisannya. Pada bahagian pangkal terdapat umbisi yang merupakan tempat pertumbuhan anak benih baru yang akan membentuk rumpun. Daun berwarna hijau muda, hijau tua atau terdapat bintik merah, yang bergantung kepada varieti yang biasanya berbentuk tirus atau bulat di bahagian hujung. 

Pitaya (Hylocereus polyrhizus)


Nama saintifik:     Hylocereus polyrhizus
Keluarga:              (Varieti merah)
Morfologi:             Keseluruhan pokok berwarna hijau dan bersegi seperti kebanyakan pokok kaktus. Sedikit berduri berbanding kaktus biasa yang kebanyakannya bertujuan untuk hiasan. Di Malaysia lebih dikenali sebagai buah naga atau pitaya. Biasanya boleh tumbuh setinggi 1-2 meter. 

Noni / Mengkudu (Morinda citrifolia)


Nama saintifik:      Morinda citrifolia
Keluarga:               Rubaiciae
Morfologi:             Pokok mengkudu mempunyai ketinggian sederhana, iaitu sekitar 4-6 meter. Batangnya tidak lurus dan memiliki ranting yang bersimpang siur dan bukan jenis berkayu keras. Daunnya adalah lebar sekitar 15–55 sentimeter panjang dan 5–15 sentimeter lebar. Daun kebiasaannya berkilat dan nampak jelas lapisan lilin di permukaan daun. 

Durian Belanda (Annona muricata L.)


Nama saintifik:     Annona muricata L.
Keluarga:              Annonaceae
Morfologi:             Pokok bersaiz sederhana iaitu sekitar 3.5 – 15 meter. Mempunyai ranting yang banyak dan batang yang banyak cabang. Daun kelihatan memanjang dan saiznya sekitar 7.5-15.5 sentimeter serta kelihatan runcing pada bahagian hujungnya. Daun berwarna hijau dan tebal serta jelas kelihatan lapisan lilin di permukaannya. 

Durian (Durio zibethinus)


Nama saintifik:     Durio zibethinus
Keluarga:              Malvaceae
Morfologi:             Pokok durian dikategorikan sebagai pokok yang tinggi dan besar. Ketinggian pokok durian boleh mencapai 40 meter namun kebanyakan varieti baru adalah berketinggian sederhana, iaitu sekitar 15-25 meter. Batang berbentuk silinder dan berbatang lurus serta mempunyai banyak ranting. Daun berbentuk bujur dan berwarna hijau tua, serta agak tebal dan mempunyai lapisan lilin pada permukaannya. Bahagian bawah daun kelihatan hijau keperangan. 

Kedondong (Spondias cytherea)


Nama saintifik:     Spondias cytherea
Keluarga:              Anacardiaceae
Morfologi:           Pokok kedondong dikategorikan sebagai pokok yang besar. Ketinggiannya boleh mencapai 25 - 45.5 meter. Mempunyai batang  yang besar serta ruang rimbun atau teduhan yang luas. Berdaun majmuk dengan 5 - 10 pasang daun, dan mempunyai panjang sekitar 9 – 15 sentimeter serta daun adalah berwarna hijau tua. 

Mata Kucing / Longan (Dimocarpus longan malesianus)

Nama saintifik:     Dimocarpus longan
Keluarga:              Sapindaceae
Morfologi:             Pokok bersaiz sederhana besar. Mempunyai banyak ranting, berdaun lebat yang menutupi ranting dan batang seperti pokok rambutan. Daun majmuk yang kebanyakannya bertentangan. Buah berbentuk bulat yang biasanya bergaris pusat sekitar 3 – 4 sentimeter. 

Nangka (Artocarpus heterophyuus L.)


Nama saintifik:     Artocarpus heterophyllus
Keluarga:              Moraceae
Morfologi:             Pokok sederhana besar yang berketinggian sekitar 20 hingga 30 meter. Pokok jenis berkayu keras dan berkulit kasar, berwarna perang gelap atau gelap. Semasa muda daun tumbuh pada batang dan dahan dengan agak rapat, namun apabila besar daun hanya tumbuh di ranting dan dahan. 

Manggis (Garcinia mangostana)


Nama saintifik:      Garcinia mangostana
Keluarga:               Guttiferae
Morfologi:             Pokok berketinggian sederhana dengan batang lurus yang mempunyai banyak dahan dan ranting yang lebat. Pokok mengandungi getah yang berwarna putih kekuningan. Berdaun ringkas, jelas kelihatan agak tebal dan berkilat. Bahagian atas daun berwarna hijau pekat dan bahagian bawah kelihatan kekuningan dan agak kasar berbanding bahagian atas. 

Jambu Batu (Psidium guajava)


Nama saintifik:     Psidium guajava
Keluarga:              Myrtaceae
Morfologi:        Pokok sederhana besar iaitu setinggi 5 - 10 meter. Batang pokok mempunyai cabang atau ranting yang banyak. Kulit licin dan nipis dan selalunya kelihatan mengelupas. Berdaun ringkas yang bersusun bertentangan. Buah berbentuk bulat atau terbentuk pir. Terdapat varieti yang berbuah kecil atau besar. 

Tembikai (Citrullus larratus)


Nama saintifik:     Citrullus larratus
Keluarga:              Cucurbitaceae
Morfologi:        Tembikai adalah tanaman bermusim yang merupakan tanaman jenis menjalar atas permukaan tanah yang tidak memerlukan sokongan untuk memanjat. Batangnya bersegi dan tidak berkayu. Daun lebar dan bercuping-cuping. Buah berbentuk bujur atau bulat atau memanjang. 

Rambutan (Nephelium lappaceum)


Nama saintifik:  Nethelium lappaceum
Keluarga:          Sapindaceae
Morfologi:       Pokok adalah sederhana besar setinggi sekitar 20-30 meter. Berdaun majmuk dengan susunan berselang-seli. Sehelai daun ada 2-6 pasang anak daun sepanjang 5-25 sentimeter dan lebar 2-10 sentimeter. Bebarapa varieti rambutan boleh dikenali dengan daun majmuk. Mempunyai bunga yang sangat kecil dalam jambak yang besar di hujung kebanyakan ranting.

Gajus (Anacardium occidentale)



Nama saintifik:      Anacardium occidentale
Keluarga:
Morfologi:             Pokok pada keseluruhannya berwarna hijau setinggi 10 -13 meter. Akar tunjangnya boleh mencapai 3 meter dalam tanah, akar sisi yang panjang tumbuh daripada akar sisi masuk jatuh ke dalam tanah sedalam 6 meter. Daunnya pula adalah ringkas, susunan selang-seli, bentuk bujur telur, 20 sentimeter panjang dan 10-15 sentimeter lebar dan liat. 

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...