Nama saintifik: Hibiscus cannabinus
Keluarga: Malvaceae
Morfologi: Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus
cannabinus merupakan sejenis tanaman jangka pendek yang berasal dari Afrika
(barat Sudan). Tanaman yang telah ditanam melebihi 4,000 tahun ini tergolong
dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang
mempunyai persamaan dengan tanaman kacang bendi dan kapas. Secara morfologi,
kenaf mempunyai kaitan yang rapat dengan tanaman roselle (Hibiscus sabdariffa).
Kenaf boleh hidup subur di kebanyakan
tanah.
Namun di Malaysia kenaf merupakan alternatif kepada penggunaan
tanah terbiar terutamanya tanah berpasir (Briss) Kenaf juga banyak ditanam
secara komersial di China, Myanmar, India, Bangladesh dan Thailand. Di
Malaysia, tanaman ini mula mendapat perhatian sebagai bahan mentah alternatif
dan mesra alam bagi sektor industri berasaskan sumber hutan dan petroleum. Daun
biasanya pada 10–15 cm panjang, memiliki banyak bentuk, dengan daun adalah
pada batang. Bunga pula biasanya 8–15 cm diameter dan mempunyai warna
kuning, kuning keputihan, atau unggu. pada bunga putih atau kunig keputihan
bahagian tengah bunga boleh dilihat keungguan. Buahnya terbahagi kepada
beberapa ulas yang bisanya setiap ulas mengandungi biji.
No comments:
Post a Comment