Nama Saintifik: Jatropha curcas
Keluarga: Euphorbiaceaea
Morfologi: Pokok jarak atau jarak pagar dikenali sebagai tanaman terbiar / semak
yang beracun. Biasanya pokok ini mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan
tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae.
Jarak merupakan sejenis tanaman bukan makanan yang
diproses untuk mendapatkan ekstrak minyak. Pokok ini dipercayai berasal dari
Amerika Tengah, dan tersebar ke
negara-negara tropika, subtropika, Asia dan Afrika.
Tujuan asal penanamannya adalah
sebagai pagar hidup bagi melindungi kebun dan ladang daripada haiwan. Pokok
ini tahan kepada keadaan kekurangan air atau kemarau. Biji benih merupakan hasil utama yang mengandungi 25-40
peratus minyak (rata-rata sebanyak 35 peratus) yang boleh diproses untuk
menghasilkan bahan api biodiesel berkualiti tinggi untuk digunakan dalam mesin
diesel standard.
No comments:
Post a Comment