Nama
saintifik: Nicotiana spp.
Keluarga: Solanaceae
Morfologi: Nicotiana tabacum, atau tembakau, adalah sejenis tanaman herba. Pokok
ini ditanam secara komersial di Malaysia namun, semakin berkurangan kerana
polisi kesihatan Malaysia yang mengurangkan pengeluaran tembakau (rokok) yang
jelas menjejaskan kesihatan.
Tembakau berupaya tumbuh setinggi antara 1 hingga
2 meter. Daunnya lebar dan berwarna hijau. Pokok ini mempunyai batang yang
lembut. Bahagian yang digunakan adalah daun yang
seterusnya diproses menjadi daun kering yang dipanggil tembakau.
No comments:
Post a Comment