Prinsip Penyakit Tanaman
Prinsip asas penyakit tanaman adalah siri tindakbalas sel tumbuhan terhadap organisma
patogenik atau persekitaran yang boleh mendatangkan kesan terhadap aktiviti
normal tumbuhan tersebut. Penyakit tanaman biasanya dibahagikan kepada
dua kategori iaitu penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit.
Penyakit berjangkit adalah
kategori penyakit yang disebabkan oleh faktor biotik atau organisma hidup yang
lebih dikenali sebagai patogen. Sebagai contohnya patogen -patogen tersebut ialah
organisma daripada kumpulan protozoa, chromista, kulat, bakteria, molikut,
virus, viroid dan nematod.
Oleh kerana penyebabnya ialah organisma hidup yang mampu bergerak atau disebarkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, maka inilah yang menyebabkan penyakit ini boleh atau mudah berjangkit kepada tanaman malah kawasan baru. Vektor turut memainkan peranan penting dalam perebakan penyakit jenis ini.

Penyakit tidak berjangkit pula
adalah disebabkan oleh faktor abiotik yang merujuk kepada faktor bukan hidup
seperti keadaan persekitaran yang tidak sesuai untuk tumbuhan menjalankan
aktiviti fisiologinya pada tahap optimum. Sebagai contohnya, apabila berlaku kekurangan
air, kekurangan baja, suhu tinggi, kelembapan tinggi, pencemaran udara dan
ketoksidan sumber air. Namun dalam kebanyakan hal, kekurangan nutrien yang juga
merupakan faktor penyebab kepada penyakit tidak berjangkit lebih mendapat
perhatian dalam memperkatakan penyakit jenis ini. Nutrien ini pula boleh
didapati daripada faktor biologi daripada sumber semulajadi atau formulasi
kimia.
No comments:
Post a Comment