Thursday, May 3, 2012

Nenas (Ananas comosus)

Nama saintifik:     Ananas comosus
Keluarga:              Bromelioideae
Morfologi:             Nenas dikategorikan dalam tanaman herba atau renek kerana hanya mempunyai ketinggian sekitar 0.5 m- 1.5 m sahaja. Daunnya panjang yang berbentuk tirus dan mempunyai hujung yang tajam serta bahagian tepi yang berjeriji. Daun berpilin pada pangkal batang atau buah. Buah nenas akan muncul pada bahagian tengah pokok iaitu antara daun yang berpilin dan menegak ke atas. Buah adalah gabungan antara buah individu dan daun yang lebih dikenali sebagai crown.  

 
Buah berwarna hijau, merah keungguan, dan akan bertukar kuning serta kekal hijau apabila masak. Isinya pula berwarna putih dan akan bertukar kuning apabila masak. Sarawak dan Johor adalah antara pengeluar utama di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...