Thursday, May 3, 2012

Belimbing (Averrhoa carambola L.)

Nama saintifik:     Averrhoa carambola L.
Keluarga:              Oxalidales
Morfologi:             Ketinggian pokok ini adalah sederhana, biasanya setinggi 10 meter namun, ada laporan yang menyatakan pokok ini boleh mencecah ketinggian 15 meter. Secara umumnya, pokok belimbing mempunyai banyak dahan yang condong ke bawah. Mempunyai daun majmuk iaitu pada sekitar tiga hingga enam helai daun. 

Buah belimbing mempunyai lima penjuru atau segi, yang berbentuk bintang apabila dipotong secara melintang. Buah belimbing berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar hijau kekuningan atau kuning apabila masak. Merupakan antara bahan eksport Malaysia ke Eropah

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...