Sumber : Wikipedia
Isi buah mangga yang masak mengandungi
lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitaminA, B
dan C.
Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa
yang sedikit masam. Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara
kultivar-kultivar yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang
lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan
yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi
atau buah avokado.
Isi buah sebilangan kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.
Mangga tergolong dalam famili yang sama
dengan pokok ivy beracun dan mengandungi urusyiol, walaupun tidak serupa
banyak dengan ivy beracun. Sesetengah orang menghidap penyakit
dermatitis ketika menyentuh sap atau kulit buah yang dikupas.
Orang-orang yang mengalami tindak balas alergi
selepas menyentuh buah mangga biasanya dapat menikmati buah ini jika
orang lain mengupas kulit buah ini lebih dahulu. Daun-daun Buah Mangga
adalah toksik terhadap lembu.
Buah mangga telah dikatakan melegakan
usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan. Buah ini
merupakan buah kebangsaan India dan Pakistan, dan dipercayai dapat
membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan
otak. Buah mangga juga merupakan motif yang biasa dalam tekstil-tekstil
India, dan dikenali sebagai corak Paisley.
No comments:
Post a Comment