Thursday, May 3, 2012

Durian (Durio zibethinus)


Nama saintifik:     Durio zibethinus
Keluarga:              Malvaceae
Morfologi:             Pokok durian dikategorikan sebagai pokok yang tinggi dan besar. Ketinggian pokok durian boleh mencapai 40 meter namun kebanyakan varieti baru adalah berketinggian sederhana, iaitu sekitar 15-25 meter. Batang berbentuk silinder dan berbatang lurus serta mempunyai banyak ranting. Daun berbentuk bujur dan berwarna hijau tua, serta agak tebal dan mempunyai lapisan lilin pada permukaannya. Bahagian bawah daun kelihatan hijau keperangan. 


Buah berbentuk bulat bujur, bulat, berbentuk pir, dan pelbagai bentuk lain. Warna kulit adalah hijau atau perang ketika muda dan perang kekuningan apabila masak. Namun ciri-ciri utama untuk menentukan kemasakan buah durian adalah dengan baunya dan bukan pada warnanya. Isinya putih ketika muda dan akan bertukar kuning, merah, dan putih kekuningan apabila masak (bergantung kepada varieti).

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...