Nama Saintifik: Carica
papaya
Keluarga: Caricaceae
Morfologi: Ketinggian pokok adalah sekitar 2.5-10 meter. Kebiasaannya memiliki satu
batang tunggal (tanpa cabang) namun, terdapat juga pokok betik yang mempunyai
cabang dan perkara ini jarang berlaku secara semulajadi. Batang berbentuk
silinder dan mengeluarkan getah putih apabila luka. Bahagian tengah batang
mempunyai rongga dan permukaan batang adalah kasar yang merupakan bekas
peluruhan daun. Daun bersusun secara berpilin dan memiliki tangkai daun yang
panjang.
Bahagian dalam tangkai turut mempunyai rongga seperti batang. Daun berwarna hijau dan mempunyai urat daun yang sangat jelas, tidak berbulu dan nipis (mudah koyak). Buah berbentuk lonjong dan terdapat juga buah yang hampir bulat, berbentuk pir dan silinder. Buah berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning atau oren apabila masak.

No comments:
Post a Comment